Top Ad 728x90

,

15 Kesilapan Terbesar Dalam Perhubungan Dengan Pasangan

#1 Lupa Untuk Menjadi Sahabat

Akar umbi dalam hubungan yang sihat adalah persahabatan. Jangan biarkan percintaan anda (atau kekurangan bercinta) membuat anda lupa tentang perkara tersebut.

#2 Sengaja Mengeluarkan Kata-kata Yang Menyakitkan Hati Pasangan

Ini adalah bukti bahawa sesetengah orang memang tidak berkembang serta matang selepas tamat sekolah menengah seperti lazimnyanya. Apabila anda sedang bertengkar dengan satu sama lain, jangan sesekali mengatakan perkara-perkara yang anda tahu yang akan menyakiti mereka. Hormatilah pasangan anda dan jangan mengatakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada mereka secara negatif.


#3 Tidak Menyelesaikan Konflik

Kini ia menjadi tabiat untuk mengelakkan untuk meminta maaf di semua perkara pada hari ini. Ini akan membuatkan hubungan dengan pasangan anda menjadi lebih teruk. Mengakui kesilapan anda akan berbaloi untuk anda berdua.

#4 Tidak Boleh Berjauhan

Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi seseorang untuk mempunyai pekerjaan yang akan membawa mereka ke suatu tempat yang jauh pada bila-bila masa. Sesetengah orang tidak boleh menerima untuk hubungan seperti ini tetapi akan cuba untuk berpegang dengannya pula. Ia mungkin kelihatan kejam untuk memutuskan hubungan ketika berjauhan tetapi pada akhirnya anda akan dapat menyelamatkan satu sama lain dari kesengsaraan.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: malaysiandigest.com


#5 Tiada Kasih Sayang

Perasaan seperti berada di dalam 'alam wanita' boleh agak mencalar keegoan, tetapi kadang-kadang ia adalah detik-detik kecil yang boleh benar-benar menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang pasangan anda.

#6 Gagal Mengawal Perasaan Malu

Ramai orang akan menerima seseorang (pasangan) yang boleh membuatkan mereka berasa malu, atau lebih teruk lagi, seseorang yang malu untuk dilihat bersama mereka. Jangan menjual maruah diri hanya kerana anda takut jika bersendirian. 

#7 Tidak Bertolak-ansur

Biarlah si dia memilih di mana anda pergi untuk makan jika anda mendapat peluang untuk memilih filem atau sebaliknya. Akhirnya, tiada seorang dari anda akan peduli apa yang anda lakukan hari itu, tetapi anda akan sentiasa ingat bahawa anda berdua bersedia untuk melakukan sesuatu hanya kerana salah seorang dari anda berdua suka.

#8 Perbezaan Pendapat

Sesetengah pasangan mempunyai masalah dengan pasangan mereka yang lebih komited kepada perkara yang lain. Cara terbaik untuk memastikan masalah ini tidak pernah timbul adalah untuk memastikan anda berada pada situasi yang sama dalam segala-galanya. Berbincanglah dengan pasangan dan kongsi pendapat kepada pasangan anda tentang bagaimana perasaan anda tentang mereka.

#9 Mempunyai Tanggapan Yang Berbeza

Anda perlu belajar memahami untuk apa sahaja hubungan lain dalam hidup anda - dengan rakan sekerja, keluarga, rakan-rakan anda - mengapa ia harus berbeza dengan pasangan anda?

#10 Suka Membuat Andaian

Salah satu andaian yang paling besar yang dibuat dalam sesuatu hubungan adalah bahawa pasangan anda adalah sama seperti pasangan anda yang sebelumnya. Keseluruhan idea bahawa "semua lelaki / perempuan adalah sama" telah lapuk ditelan zaman.

#11 Berpura-pura Menyukai Perkara Yang Anda Tidak Suka

Ini adalah satu kesilapan "buku teks" yang orang telah membuat sejak dari dulu lagi! Bersama dengan seseorang yang berkongsi minat anda atau sekurang-kurangnya seseorang yang menghormati perbezaan anda, boleh membahagiakan anda.

#12 Mengharapkan "Keajaiban"

Ini adalah satu pengajaran yang sangat penting untuk anda, bahawasanya anda tidak boleh menukar cara atau pemikiran teman lelaki / teman wanita anda. Hanya mereka sendiri yang boleh berbuat demikian dan hanya apabila mereka bersedia untuk berubah. Jika anda mengharapkan keajaiban seperti mengharapkan sesuatu yang indah akan berlaku, anda hanya membuang masa anda.

#13 Bergaduh Tanpa Henti

Anda mungkin telah dibesarkan untuk berfikir bahawa lelaki dan wanita sepatutnya bergaduh seperti kucing dan anjing, tetapi ianya jauh dari kenyataan. Jika anda mendapati diri anda bergaduh hampir setiap hari hanya untuk membuat diri anda didengari, ia mungkin masa untuk keluar dari perhubungan tersebut atau "kick out" pasangan anda dari hidup anda.

#14 Mengelak Untuk Berbincang Tentang Isu-isu Yang Timbul

Pasangan yang bertekak sepanjang masa adalah tidak sihat, bagaimanapun pasangan yang tidak pernah membincangkan isu-isu yang sukar boleh menjadi lebih teruk. Jika kamu berdua mengambil endah tentang masalah yang timbul dan berpura-pura untuk menjadi bahagia, kejatuhan hubungan anda akan menjadi drastik.

#15 Berharap Dengan Perkahwinan, Masalah Akan Selesai

Terlalu ramai pasangan tergesa-gesa untuk berkahwin dan berharap ada keajaiban untuk menyelesaikan segala-galanya. Perkahwinan kadang-kadang mendatangkan keajaiban tetapi ia tidak menjadikan kehidupan tiba-tiba menjadi sempurna.

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90