Top Ad 728x90

, ,

Tidak Sempat Naik Titanic? Kini Ada Titanic II

Pada 15 April 1912, RMS Titanic berlanggar dengan bongkah ais semasa pelayaran sulungnya dari UK ke New York City. Tidak ada bot penyelamat yang mencukupi untuk menampung semua penumpang dan lebih daripada 1,500 orang terkorban (daripada 2224!), menandakan ia sebagai salah satu kemalangan yang paling dahsyat dalam bencana maritim dalam sejarah moden.

Tetapi anda mungkin tahu semua peristiwa tersebut setelah menonton pita VHS karya James Cameron pada tahun 1997 sampai bosan (ramai cakap begitu). Sekarang, selepas lebih daripada satu abad selepas artis miskin Jack Dawson meninggal dunia akibat kesejukan Lautan Atlantik Utara, replika yang berfungsi sepenuhnya kini sedang dalam pembikinan.

Filem Titatinc pada tahun 1997 karya James Cameron


Projek Titanic II dianggarkan bernilai 300 juta Pound Sterling  (USD 432,000,000), yang dibiayai oleh jutawan Australia dan pemilik Blue Star Line, Clive Palmer. Seperti yang dinyatakan, kapal itu sangat mirip dengan Titanic yang asal selain daripada mempunyai bot kecemasan yang lebih mencukupi.

Titanic II akan mempunyai panjang yang sama, tetapi akan mempunyai beberapa meter tambahan pada kelebaran supaya lebih stabil. Ia juga akan menampilkan konsep tiga kelas penumpang - iaitu pertama, kedua, dan kelas ketiga. Secara terperinci, tiada siapa yang peduli dengan kelas-kelas tersebut. Yang penting kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri sebuah kapal yang telah lama musnah, iaitu Titanic II dan Blue Star Line telah memberikan kita peluang ini sekali lagi.

# 'Grand Staircase'


Kredit: http://bluestarline.com.au/             
Adegan dari filem Titanic


# RMS Titanic merupakan salah satu kapal pertama yang menempatkan kolam renang dan 'Turkish baths', yang terletak di dek tengah.


Air bersih akan dipam masuk dari laut akan kemudian dipanaskan. Kredit: http://bluestarline.com.au/   


# Tempat makan kelas pertama 'The Café Parisien'



Café Parisien yang lama. Kredit: http://bluestarline.com.au/

Café Parisien baru. Kredit: http://bluestarline.com.au/ 


# Dewan makan malam yang sama lebar dengan lebar kapal


Dewan makan malam versi original. Kredit: http://bluestarline.com.au/
Dewan makan malam versi baru. Kredit: http://bluestarline.com.au/


# Bilik Tidur Kelas Pertama

 

Bilik tidur yang lama. Kredit: http://bluestarline.com.au/
Bilik tidur yang baru dibina dengan sangat serupa. Kredit: http://bluestarline.com.au/


# Tempat kemudi kapal juga ditiru tetapi hanya untuk pertunjukan sahaja


Tempat kemudi kapal ini tidak berfungsi dan hanya untuk pertunjukan. Kredit: http://bluestarline.com.au/
Bilik kawalan kapal yang sebenar adalah mengikut teknologi terkini. Kredit: http://bluestarline.com.au/

"Titanic baru sudah tentu akan mempunyai prosedur moden untuk kecemasan, kawalan satelit, pelayaran dan radar sistem digital dan semua perkara-perkara yang anda biasa lihat pada kapal abad ke-21, "kata pengarah pemasaran James McDonald memberitahu majalah online Independant.


# Bilik merokok


Bilik merokok hanya untuk lelaki sahaja Kredit: http://bluestarline.com.au/

# Dewan makan kelas ketiga 


Kredit: http://bluestarline.com.au/
Walaupun kemudahan kelas dek tidak semestinya yang mewah, mereka jauh lebih baik daripada yang disediakan oleh kapal-kapal lain pada masa itu.


# Gym ala Edwardian


Kredit: http://bluestarline.com.au/


Apabila siap, Titanic II dijangka akan belayar pada tahun 2018, berlepas dari Jiangsu di timur China dan menuju ke Dubai (tetapi sudah tentu) bukannya Southampton ke New York.
 
Kapal ini akan menempatkan 2,435 penumpang dan 900 anak kapal (hanya lebih sedikit daripada Titanic itu sendiri), dan, sudah tentu, bot penyelamat yang cukup untuk benar-benar boleh menyelamatkan semua orang sekiranya bencana akan berlaku (lagi).

Tiket belum ada lagi, dan yang paling sakit hati, tiada peluang pekerjaan pada masa sekarang (telah diperiksa). Sesuatu yang sentiasa boleh diharap, Titanic II adalah kapal impian untuk semua.

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90