Top Ad 728x90

Apakah Maksud Bermimpi Tentang Saudara Terdekat Yang Telah Meninggal Dunia?

Mereka sudah semestinya ingin memberitahu anda sesuatu. 


Adakah anda pernah "dilawat" oleh orang tersayang yang telah meninggal dunia di dalam mimpi anda, dan tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan mimpi tersebut?

Seorang ahli psikik, Laura Moore percaya bahawa melihat orang tersayang yang telah meninggal di dalam anda bermakna mereka cuba untuk menyampaikan mesej kepada anda. 

Mereka ingin anda tahu bahawa segalanya adalah baik-baik sahaja.


Moore mengatakan bahawa kebiasaannya saudara terdekat yang meninggal dunia tidak akan datang kepada anda sehingga anda melengkapkan proses berkabung supaya mesej mereka dapai disampaikan. Melihat mereka datang kepada kamu dalam mimpi adalah cara mereka memberitahu anda bahawa mereka telah sampai di alam kematian dengan selamat. Mereka akan melawat anda dengan memberikan tanda-tanda kehadiran mereka, sama ada melalui aroma, kerlipan lampu atau lagu tertentu di radio.


Mereka ingin anda tahu bahawa mereka sentiasa menyokong anda.


Anda mungkin melihat orang tersayang yang telah meninggal dunia di dalam mimpi anda apabila anda berhadapan dengan keputusan hidup yang mencabar. Itu adalah cara mereka memberitahu anda bahawa mereka menyokong keputusan anda.

Dan mereka sentiasa sayangkan anda.


Kadang-kadang, mereka hanya ingin menyampaikan bahawa mereka sayangkan anda dan sentiasa melindungi anda supaya anda boleh berasa seakan-akan tenang.

Mereka boleh memberikan anda satu amaran


Jika si mati ingin memberi amaran kepada anda, mereka biasanya akan datang kepada anda dengan cara yang berbeza daripada ciri-ciri biasa. Mimpi anda mungkin akan kelihatan seperti sesuatu yang ganjil atau pelik dan ia adalah petanda anda tidak harus abaikan.

Kadang-kadang mereka tidak akan berkata sepatah pun.


Mereka mungkin tidak bercakap kepada anda dalam mimpi anda, tetapi sebaliknya menghantar mesej melaui telepati. Kadang-kadang mereka hanya akan tersenyum pada anda dan menghilang untuk memberitahu bahawa mereka sedang menjaga anda.

Anda tidak keseorangan kerana mimpi seperti ini adalah perkara biasa.


Menurut Moore, bermimpi tentang orang yang tersayang yang telah meninggal berlaku kepada hampir semua orang selepas mereka telah kehilangan seseorang yang rapat dengan mereka. Jika anda tidak pernah bermimpi seperti ini dan anda cuba untuk berhubung, dia mencadangkan anda untuk menulis jurnal mimpi dan tidur dengan gambar mereka.

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90