Top Ad 728x90

Wanita Berpunggung Besar Mempunyai Otak Yang Cerdas

Kepada wanita-wanita berpunggung lebar, terdapat berita baik untuk anda: mengikut kajian yang dijalankan beberapa tahun lalu oleh Universiti Oxford, punggung besar atau lebar bermakna otak besar dan mempunyai kesihatan yang baik untuk selama-lamanya.

Yah, mungkin tidak selama-lamanya, tetapi menurut ketua penyelidik Konstantinos Manolopoulos, wanita yang mempunyai punggung besar adalah sangat tahan penyakit kronik semasa hayat mereka.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: ok.co.uk


"Ilmu pengetahuan tentang pengagihan lemak badan adalah penting untuk kesihatan telah dikenali untuk beberapa waktu," kata Manolopoulos. "Walaubagaimanapun, hanya baru-baru ini diketahui bahawa lemak paha dan lilitan pinggul yang besar telah menunjukkan ianya bermanfaat untuk kesihatan yang bahawanya lemak badan di bahagian bawah merupakan perlindungan."

Kajian itu yang telah membuat analisis data daripada 16,000 wanita, menunjukkan bahawa wanita dengan bentuk badan berbantuk 'epal' cenderung untuk mempunyai tahap yang lebih rendah kandungan glukosa dan kolesterol di samping mengekalkan tahap lemak Omega-3 (manfaat yang pelbagai dan termasuk perkembangan otak, kekuatan tulang dan kesihatan jantung) yang lebih tinggi. 

Tambahan pula, wanita-wanita ini terdedah kepada kandungan leptin yang tinggi iaitu hormon yang membantu mengekalkan tahap tenaga dengan menghalang kelaparan, yang membawa kepada tahap obesiti yang lebih rendah.

Jadi, wanita dengan 'bahagian belakang' yang besar biasanya lebih bijak, lebih sihat dan kurus. Nampaknya wanita-wanita tersebut bukan sahaja hanya seksi dipandang tetapi sangat besar manfaatnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90