Top Ad 728x90

10 Cara Buat Duit Dengan Internet Tanpa Modal

Dalam keadaan ekonomi yang agak kurang baik sekarang, ramai yang ingin memulakan perniagaan sendiri. Jikalau kita lihat disekeliling kita, banyak gerai-gerai makanan baru, jualan bundle serta tidak kurang juga mereka yang menjual makanan dari rumah. Dengan keadaan barangan keperluan yang semakin mahal, orang sudah mula berfikiran survival mode.

Namun, tidak ramai orang yang mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Contohnya mereka yang diberhentikan kerja tanpa notis dan tidak diberikan pampasan. Jikalau kita lihat di kaca televisyen dan akhbar-akhbar, beribu orang terpaksa diberhentikan kerja disebabkan kerugian syarikat.

Berhentilah menyalahkan syarikat di tempat anda bekerja dan mulakan kehidupan baru. Jikalau anda masih bekerja disana pun, nanti kalau syarikat tidak mampu bayar gaji, lagi lah teruk. Disini, disertakan 10 cara buat duit dengan internet tanpa modal untuk mereka yang memerlukan.


Buat duit dengan internet tidaklah mustahil

1. Affiliate Marketing


Jika anda tidak mempunyai produk untuk dijual, anda boleh menjual produk orang lain. Caranya ialah dengan menjadi affiliate kepada penjual. Anda akan diberikan komisen bergantung dengan apa yang anda jual. Komisen adalah bergantung kepada terma dan syarat penjual tersebut dan diberikan dalam peratusan.

Website yang popular dengan affiliate adalah Amazon dan Clickbank. Anda perlu mendaftar sebagai affiliate terlebih dahulu sebelum mempromosikan produk mereka. Jikalau anda lebih selesa dengan syarikat tempatan, anda boleh mendaftar menjadi affiliate kepada Lazada dan juga Ebay Malaysia.

Cara untuk promosi juga bergantung kepada anda. Anda boleh menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram. Ini akan menjadi lebih mudah jika anda mempunyai follower yang ramai. Cara lain ada melalui website. Website yang bagus adalah yang berbayar namun jika tiada modal, anda boleh menggunakan website percuma seperti Blogger dan Wix.

2. Dropship


Dropship adalah lebih kurang seperti affiliate marketing tetapi dengan dropship, anda sendiri yang tentukan berapa keuntungan yang anda inginkan. Dengan dropship, anda hanya menjual produk fizikal sahaja seperti baju, kasut, peralatan sukan, topi dan bermacam-macam lagi.

Anda tidak perlu menyimpan stok seperti di kedai dan pasaraya. Semuanya akan diuruskan oleh syarikat dropship tersebut. Anda cuma perlu mempromosikan barang tersebut sahaja sama seperti affiliate marketing. Anda tidak perlu mendaftar untuk menjadi seorang dropshipper. Apabila barangan anda dipesan, anda cuma perlu memasukkan pesanan tersebut ke website dan pastikan alamat penghantaran adalah kepada si pembeli. Semudah itu sahaja.

Website yang anda boleh buat dropship adalah Alibaba, Aliexpress, Ebay dan bermacam-macam lagi. Anda perlu rajin untuk mencari website yang anda perlukan dan mengikut cara yang anda selesa lakukan.

3. Blog


Kaedah yang sangat old school adalah dengan membuat blog. Cara ini adalah yang paling lambat untuk buat duit tetapi bila ia sudah dalam tempoh 'matang', anda boleh menjana sehingga 4-6 angka sebulan. Yang penting, anda kenalah rajin update blog tersebut. Beri tempoh sehingga setahun atau lebih untuk melihat keuntungan dari blog anda.

Blog yang bagus adalah yang mempunyai nama domain dan hosting yang berdaftar dan berbayar. Tetapi tidak perlu risau kerana banyak platform yang memberikan anda peluang membuat blog secara percuma. Anda boleh membuat duit dengan blog dengan iklan google dan juga affiliate marketing.

4. Menjual gambar stok


Banyak yang kita boleh buat dengan kamera. Salah satunya adalah buat duit la. Jika anda seorang yang mempunyai hobi suka mengambil gambar, apa kata kali ini cuba buat duit pula dengan gambar-gambar tersebut. Gambar yang paling digemari dan sangat laku adalah yang beresolusi tinggi.

Apa-apa gambar yang anda ambil mempunyai nilai tersendiri dan anda akan dibayar royalti untuk gambar-gambar tersebut. Anda boleh memuat naik foto anda di iStock Photos dan Shutterstock. Lain kali fikir dahulu sebelum anda menekan butang delete pada kamera anda.

5. Menggunakan skil kepakaran


Anda mempunyai kepakaran tertentu seperti Photoshop, menulis dan membina website? Gunakanlah kemahiran anda tersebut untuk membuat duit. Anda boleh mendaftar di website seperti Fiverr dan Upwork dan nyatakan apakah kemahiran anda. Selepas itu, tunggu sahaja klien yang ingin memerlukan perkhidmatan anda.

Ada tips yang anda perlu ketahui untuk mendapatkan klien yang ramai. Daftarkan beberapa akaun di website diatas dan gunakan gambar profile yang berbeza seperti foto orang tua, remaja, perempuan dan sebagainya. Buat akaun-akaun tersebut berbeza tetapi mempunyai kemahiran yang sama. Selepas beberapa lama, padam akaun yang tidak mempunyai klien dan teruskan yang berjaya.

6. Memuat naik video di YouTube


Cara buat duit dengan internet tanpa modal yang kian popular ialah dengan memuat naik video di YouTube. Ini adalah kerana video sangat mudah menjadi viral dan suka dikongsikan di laman social. Jikalau anda mempunyai video yang menarik ataupun suka mengacara dan bercakap depan kamera, cubalah menjadi 'artis' YouTube.

Untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi, video persendirian adalah lebih baik. Video-video biasa seperti kemalangan dan viral hanya boleh mendapat keuntungan dari iklan google. Jikalau anda mempunyai video persendirian, anda boleh menjada keuntungan melalui pengiklanan dari syarikat yang ingin menaja anda. Contoh channel YouTube persendirian adalah PewDiePie, The Dolan Twins dan Crankgamplays.

Bagaimana anda menjana pendapatan dari YouTube? Jawapannya sama seperti blog iaitu melaui iklan google. Anda perlu mempunyai 'view' sebanyak 1000 dan keatas untuk layak berdaftar dengan google.

7. Beraksi secara langsung online


Ini adalah berita baik kepada kaki-kaki gaming di luar sana. Buat duit hanya dengan bermain game secara talian adalah bagai satu mimpi kepada kaki-kaki game. Walaupun kita semua mengetahui bahawa kita boleh mendapat duit dari pertandingan tetapi ada cara lain yang lebih lumayan. Yang menariknya, anda tidak perlu menjadi seorang pemain game yang bagus untuk dapat duit.

Apa yang perlu dilakukan adalah anda hanya perlu bermain secara live di talian untuk ditonton orang lain. Ini tidak terhad kepada game sahaja. Anda boleh mengajar memasak, membuat kek, membaiki kereta dan sebagainya tetapi yang biasa dilakukan adalah permainan video kerana ia lebih mudah dibuat secara langsung.

Website yang dimaksudkan adalah Twitch.tv. Berbeza dari YouTube, di twitch anda merakam video secara live dan juga ditonton secara live dari seluruh dunia. Tetapi anda perlukan mikrofon dan internet berkelajuan tinggi untuk berinteraksi di talian. Anda akan mendapat bayaran daripada 'derma' orang ramai yang menonton anda. Konsep ini sama seperti busking di jalanan. Jika orang terhibur, maka banyaklah derma yang anda dapat.

8. Menulis ebook


Menulis ebook sama seperti buku fizikal tetapi dalam bentuk elektronik. Ini bukanlah satu kerja yang mudah tetapi keuntungannya boleh berpanjangan sehingga bertahun-tahun. Sebuah ebook mempunyai sekurang-kurangnya 5000 patah perkataan. Jika kurang maka ia bukanlah sebuah ebook dan tidak boleh dipasarkan di talian.

Mungkin ramai yang tidak berminat dengan cara ini namun sesiapa yang mempunyai bakat untuk menulis boleh juga mencuba. Ebook yang telah siap boleh dipasarkan di Amazon.

9. Kursus secara talian


Mengadakan kursus secara talian juga mengambil masa yang lama untuk dibuat. Kebanyakan kursus yang ada sekarang ini adalah berbentuk video. Jadi anda perlukan perakam video yang baik untuk merakam skrin computer atau perkara yang ingin anda sampaikan. Kursus yang sudah siap boleh dihantar kepada Udemy untuk dipromosikan.

10. Mencipta rekaan baju


Ini memerlukan sedikit bakat artistic dan juga humor. Jika anda mempunyai bakat untuk mencipta rekaan pada baju, anda boleh mendaftar di Teespring dimana anda berhak menyimpan 100% keuntungan daripada jualan baju tersebut.

Sebagai contoh, Teespring mempunyai baju kosong bernilai $10 dan anda menggunakan baju tersebut untuk rekaan anda dan dijual pada harga $20 (harga adalah keputusan anda sendiri) maka anda layak mendapat keuntungan $10 tersebut.

BONUS

11. Menjual barangan terpakai secara talian


Anda mungkin tidak sedar bahawa anda mempunyai barangan yang bernilai untuk dijual yang anda tidak perlukan lagi. Anda boleh menjual barang-barang tersebut di Mudah atau Ebay. Selain membersihkan kawasan stor, anda boleh membuat duit dengan cara ini.

Berakhirlah sudah 10 cara buat duit dengan internet tanpa modal yang dikongsikan bersama anda. Anda perlu kreatif dalam menggunakan cara-cara diatas. Fahamilah keadaan ekonomi dan kehendak orang ramai dan anda pasti berjaya dengan sedikit usaha.

Jika anda mempunyai pertanyaan, anda boleh bertanya di ruangan komen. Jikalau perlu, kami akan buat post yang baru jika anda perlukan bantuan.

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90