Top Ad 728x90

,

Wanita Maut Setelah Rawatan Akupuntur Alternatif

Seorang wanita meninggal selepas menjalani rawatan akupunktur alternatif yang menggunakan sengatan lebah hidup daripada kaedah biasa yang menggunakan jarum.

Wanita berusia 55 tahun itu menerima rawatan "apitherapy" kira-kira sekali sebulan selama dua tahun, dalam usaha untuk merawat otot yang mengeras dan stres. Tetapi dalam satu sesi, wanita yang tidak dinamakan, yang tinggal di Sepanyol, "mengalami mengi, dyspnea, dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba sebaik sahaja disengat lebah hidup," menurut laporan dalam Journal of Investigational Allergology and Clinical Immunology.

Walaupun dia dibawa ke hospital dan diberikan adrenalin dan antihistamin dalam usaha untuk menghentikan reaksi itu, dia meninggal beberapa minggu kemudian setelah mengalami kegagalan organ.

"Apitherapy", juga dikenali sebagai "akupunktur lebah" melibatkan seorang pengamal meletakkan lebah di suatu tempat pada tubuh pesakit. Kemudian mereka memicit kepala serangga tersebut sehingga sengatan muncul. Makhluk-makhluk itu mati sejurus selepas itu.

Rawatan akupuntur alternative dikenali sebagai apitherapy


Penyokong rawatan tersebut mengatakan rawatan itu berkesan untuk merawat pelbagai penyakit dan mengurangkan kesakitan. "Kami telah merawat pesakit dengan puluhan penyakit, dari arthritis hingga kanser, semuanya dengan hasil yang positif," kata Wang Menglin, seorang ahli akupunktur lebah, kepada ABC News Australia pada tahun 2013. Teknik ini paling popular di China dan Korea dan walaupun hanya sedikit bukti keberkesanannya, teknik ini telah diperkenalkan di tempat lain.

Melaporkan mengenai wanita yang meninggal dunia tersebut, saintis Paula Vazquez-Revuelta dan Ricardo Madrigal-Burgaleta dari Ramon y Cajal University Hospital di Sepanyol, menulis: "Walaupun beberapa manfaat dari apitherapy telah dilaporkan, bukti keberkesanan dan keselamatannya adalah terhad. "

Walaupun wanita itu telah menerima rawatan selama beberapa tahun, pasangan itu mengatakan bahawa "pendedahan berulang kepada alergen didapati mempunyai risiko reaksi alergi yang lebih teruk." Mereka membuat kesimpulan: "Risiko menjalani apitherapy mungkin lebih menjangkaui faedah yang diandaikan, yang membawa kita untuk menyimpulkan bahawa amalan ini tidak selamat dan belum dapat dipastikan."

Kajian berasingan apitherapy, oleh jurnal saintifik PLOS One mendapati bahawa kesan buruk adalah perkara biasa, termasuk "reaksi kepada kulit yang sembuh untuk beberapa hari kepada tindak balas imunologi yang lebih teruk dan boleh mengancam nyawa seperti anafilaksis". Ia melaporkan pada satu lagi kes maut yang lain iaitu seorang wanita Korea Selatan berumur 65 tahun yang meninggal dunia pada tahun 2011.

Laporan oleh The Independent

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90