Top Ad 728x90

Isu Promosi Tudung Di Zouk: Neelofa Marketer Genius

Beberapa minggu telah berlalu selepas kes hangat Neelofa yang mempromosikan tudung terbarunya di kelab malam terkemuka Zouk. Kisah ini sangat mendapat perhatian orang ramai dan juga netizen yang mengviralkan acara tersebut dimana tempat untuk promosi tersebut dikatakan tidak sesuai untuk mempromosikan barang apatah lagi tudung.

Akibat dari perkara tersebut, Neelofa telah dikutuk keras oleh orang ramai terutamanya mereka yang beragama Islam kerana Neelofa seolah-olahnya tidak sensitif dengan agama. Pada mulanya Neelofa bertindak mempertahankan tindakannya namun meminta maaf setelah didesak oleh pelbagai pihak.

Pada masa sekarang, isu ini seperti api marak yang sudah dipadamkan. Senang saja kan? Meminta maaf saja boleh menutup sesuatu isu hangat. Namun, ramai yang tidak mengetahui apa yang sedang Neelofa lakukan sebenarnya. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Neelofa adalah seorang marketer yang genius.

Mari kita lihat dari sudut yang berbeza. Neelofa adalah seorang usahawan. Bukan usahawan biasa tapi dia juga sangat berjaya dan sangat bijak dalam berbisnes. Dia bukannya bodoh sangat sampai tidak tahu akibatnya jika mempromosi tudung di kelab malam. Perkara ini sudah tentu telah difikirkan masak-masak sebelum dilaksanakan lagi.

Dia sudahpun menjangka akan menerima tomahan orang ramai. Kenapa dia buat macam tu? Jawapannya adalah free marketing (marketing percuma). Bayangkan dia mempromosi produk bercirikan Islamic di kelab malam, mana tak bagai nak sawan makcik-makcik dan pak lebai dibuatnya. Tambahan lagi dengan menari seperti seorang penari tiang (pole dancer). Mana tak dikecam oleh makcik-makcik dan pak lebai.

Neelofa (imej kredit kepada malaymailonline)

Siapa yang tak suka menjadi viral apalagi jika anda seorang usahawan. Orang yang tak pernah dengar pasal anda pun akan tercari-cari maklumat tentang anda dan produk anda. Segala usaha tersebut adalah percuma.Tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk promosi. Satu acara sahaja sudah mampu mempromosikan produk ke pelusuk Malaysia termasuk juga negara jiran.

Anda mungkin fikir ini adalah publisiti murahan. Apa salahnya? Yang penting produk dia laku dan sesi promosi berjalan dengan sangat lancar. 

Sebenarnya, rata-rata rakyat Malaysia bukannya usahawan berjaya jadi mereka yang mengutuk ni tadi tidak faham apa yang sedang berlaku. Yang orang kita pandai buat adalah kutuk orang. Kalau ada rakan yang berjaya, mulalah sesi PHD (perasaan hasad dengki). Kalau semua orang boleh berfikir seperti seorang usahawan (enterpreneur), perkara ini tidak akan berlaku.

Mari kita singkatkan stategi pemasaran yang dilakukan oleh Neelofa:

Strategi pertama
Buat promosi tudung di kelab malam (dalam kes ni, Zouk). Tambah lagi dengan tarian gedik. Biar mulut orang bertambah buih sawan.

Strategi kedua
Sesi kutukan dan tomahan bermula. Isu akan menjadi viral dan pihak pemasaran Neelofa akan menunggu sehingga kemuncak kutukan atau tahap sawan dah tak boleh kawal.

Strategi ketiga
Pertahankan tindakan promosi tudung di kelab malam. Ini untuk menambah lagi jangkitan sawan kepada orang-orang yang berpengaruh seperti rakan artis, jabatan agama dan menteri.

Strategi keempat
Minta maaf. Neelofa sendiri lebih arif tentang target market dia sendiri. Dia tau dengan meminta maaf saja, isu ini akan selesai dan kerja dia pun selesai.

Strategi kelima
Ketawa sepuas-puasnya

Kesimpulannya disini, janganlah suka viralkan apa-apa yang anda tidak faham apalagi jika melibatkan orang yang lebih berilmu dari kita. Kita tidak tahu bahawa kita sedang dipergunakan untuk kepentingan orang lain. Jangan kerana hanya isu agama kita terus hilang arah. Isu agama memang sensitif tetapi kita ada otak untuk berfikir. Jikalau sensitif sangat, tinggal saja dalam gua. Tidak perlu lagi jumpa perkara sensitif.

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90