Top Ad 728x90

,

Cerita Tentang Pencuri Dan Perompak Yang Mencuit Hati

Bagi sesetengah orang, pencuri adalah suatu jenayah yang mengganggu keamanan. Kepada orang lain, mereka adalah mimpi ngeri. Walaubagaimanapun, mereka adalah tetamu tidak diundang dan tiada siapa yang mahu menerima kehadiran mereka. 

Dan sudah tentu, kami telah membuat senarai ke atas mereka. Senarai ini, bagaimanapun, akan memberi tumpuan kepada cerita-cerita yang tidak masuk akal yang berkaitan dengan pencuri dan aktiviti rompakan mereka. Ada yang lucu, ada yang sedih, ada yang menyakitkan hati, tetapi tidak kira apa perasaan anda, kemungkinan besar anda tidak akan berhenti membaca sehingga akhir artikel ini. 

Tahukah anda jikalau perompak memecah masuk ke dalam rumah atau perniagaan dan tercedera dalam proses itu, mereka boleh memenangi ganti rugi di mahkamah undang-undang? Bukankah ini kerja gila? Ceritanya tidak berhenti di situ. Hari ini kita akan pergi ke dalam kehidupan dan cerita-cerita penyamun yang diambil dari kisah rompakan dan penipuan yang akan membuat kamu tidak menyukai mereka tetapi mungkin tersenyum sedikit pada masa yang sama. 

Walaupun ia bukanlah sesuatu 'pekerjaan' yang dihormati, hidup sebagai perompak memerlukan kecergasan fizikal dan minda yang kreatif. Lebih kreatif seseorang perompak itu maka lebih menghiburkan untuk membaca mengenai eksploitasi mereka.

Sekadar gambar hiasan. Kredit: libertynews.com

Cerita #1

Carl Gugasian adalah seorang pelajar phd dan mempunyai tali pinggang hitam telah merompak lebih daripada 50 bank-bank di Amerika Syarikat. Beliau dikenali sebagai "Friday Night Bank Robber" dan telah dilabelkan perompak bank yang paling prolifik dalam sejarah Amerika.

Cerita #2

Pada tahun 2008, seorang perompak meletakkan iklan di Craigslist mencari pekerja pembinaan. Katanya, mereka harus menunggu di luar Bank of America memakai pakaian seragam tertentu yang spesifik. Beliau kemudian meneruskan untuk merompak bank memakai sut pembinaan yang sama dan berjaya melarikan diri dengan semua "perangkap" yang bersedia berdiri di sudut bank tersebut.

Cerita #3

Jay Leone, seorang lelaki berusia 90 tahun dari California, telah ditembak di kepala oleh Samuel Cutrufelli semasa rompakan. Lelaki tersebut tanpa perasaan takut kemudian berkata kepada perompak "kini giliran saya". Beliau kemudiannya menembak penjenayah itu beberapa kali di bahagian abdomen.

Cerita #4

Seorang Kapten Tentera Udara Nicolas Aquino telah ditangkap kerana cuba memecah masuk rumah ketika ingin memasuki rumah sendiri. Kemudian dia didakwa kerana melawan penangkapan dan menghalang keadilan.

Cerita #5

Pada tahun 2012, Charles Smith yang sedang khayal dibawah pengaruh dadah, memecah masuk ke rumah Ervin Brittnacher 79 tahun. Ervin, bekas penunggang lembu jantan, menumbuk tekak Chris dan menyebabkan dia pengsan.

Cerita #6

Walaupun Charles "Pretty Boy" Floyd dibenci oleh sesetengah pihak, beliau juga disayangi oleh ramai orang kerana pada setiap kali dia merompak bank, dia akan memusnahkan semua dokumen gadai janji, sekali gus membebaskan orang dari hutang mereka.

Cerita #7

Pada tahun 2008, biskut (cookie) yang besar tergantung di atas pintu masuk ke Syarikat Bahlsen di Jerman telah dicuri. Pencuri menuntut bahawa syarikat itu perlu menghantar biskut kepada badan kebajikan. Selepas syarikat itu setuju, biskut itu dipulangkan.

Cerita #8

Selepas seorang wanita Croatia mati di apartmennya, dia tidak ditemui sehingga 35 tahun kemudian pada 2008, setelah perompak memecah masuk.

Cerita #9

Julia Popova, seorang wanita Rusia yang berusia 22 tahun, telah bergelut dengan seorang perompak dan berjaya membebaskan diri. Setelah sampai di rumah hanya untuk mendapati bahawa dia telah ditikam dengan pisau besar di lehernya.

Cerita #10

Pada tahun 1971, seorang perompak yang bernama Katko memecah masuk ke dalam rumah seorang petani Iowa bernama Briney. Briney telah memasang perangkap samar kerana dia sudah bosan selalu dirompak. Perangkap samar tersebut menembak Katko di kaki, yang akhirnya membuat tuntutan di mahkamah untuk ganti rugi. Pada akhirnya kes tersebut dimenangi oleh perompak tersebut.

Cerita #11

Apabila Chamorros (kaum orang asli di Guam) bertemu Magellan, mereka mula menyelongkar kapalnya kerana mereka tidak mempunyai konsep pemilikan atau harta peribadi. Magellan yang berfikir mereka telah mencuri barang-barangnya, menamakan Guam "Pulau Pencuri".

Cerita #12

Anak kepada pelakon terkenal Bruce Lee, Brandon, pulang ke rumah dan mendapati ada seorang perompak di rumahnya. Brandon mengejar perompak tersebut sehinggalah perompak itu mengambil pisau. Brandon bagaimanapun berjaya menjatuhkan senjata perompak itu dan mengikat dia sehingga polis tiba.

Cerita #13

Tiga perompak sekali gus masuk ke dalam rumah pelakon Sweden Dolph Lundgren dan mengikat isterinya. Apabila perompak melihat gambar Dolph dan menyedari mereka berada di dalam rumahnya, mereka pun melarikan diri.

Cerita #14

Surat Jerilderie adalah dokumen sepanjang 8,000 perkataan yang diberikan oleh perompak bank Australia Ned Kelly kepada juruwang bank ketika mereka merompak. Dalam kertas ini, tertulis bahawa beliau memang hidup untuk melakukan jenayah.

Cerita #15

Pemain bola keranjang NBA, Lou Williams hampir dirompak menggunakan senjata (pistol) sehinggalah perompak tersebut sedar siapa dia sebenarnya. Selepas perbualan yang singkat, Lou membawa penyerang tersebut keluar untuk makan ais krim.

Cerita #16

Ketika keluar memburu, rakit mantan Presiden Amerika Syarikat, Teddy Roosevelt telah dicuri. Dalam keadaan yang sangat sejuk, Teddy dan rakan-rakan beliau membina sebuah rakit, belayar menyusuri sungai, dan selepas tiga hari mereka berjaya menangkap pencuri tersebut.

Cerita #17

Apabila Robert Horsley cuba untuk memecah masuk ke dalam rumah seorang wanita berusia 95 tahun, wanita tersebut berulang kali menikam tangannya melalui pintu dengan pemutar skru. Akhirnya Robert ditemui di anjung depan dalam keadaan pengsan dari kehilangan darah.

Cerita #18

Pada tahun 2005, seorang pencuri telah memecah masuk ke rumah William Ellis Green, seorang kartunis Australia. William berjaya melakarkan gambaran yang tepat mengenai pencuri tersebut yang kemudiannya membawa kepada penangkapan dalam masa yang singkat.

Cerita #19

Apabila Jenar Sanders, 18, melarikan dompet seorang wanita tua di Chicago, wanita tersebut mengejar dia selama lebih satu batu. Setelah tiba di penjuru satu lorong, wanita tua itu memberinya satu pengajaran dari Akitab supaya tidak mencuri.

Cerita #20

Pada tahun 1994, seorang perompak menyerahkan dirinya kepada skuad pegawai polis yang telah mengepung kedai tempat dia merompak. Tidak lama selepas itu dia sedar bahawa mereka hanya pelakon tambahan di set penggambaran filem (The Professional).

Cerita #21

Pada tahun 1995, McArthur Wheeler merompak sebuah kedai dengan menyapukan jus lemon pada mukanya. Beliau berpendapat bahawa jikalau jus lemon boleh digunakan untuk dakwat yang tidak dapat dilihat, ia juga akan membuat mukanya tidak dapat dilihat dengan kamera.

Cerita #22

Pada tahun 2010, tiga perompak memecah masuk ke rumah di Central Florida berfikir bahawa mereka telah menemui kokain. Rupa-rupanya mereka telah menyedut abu seorang lelaki dan anjing-anjingnya.

Cerita #23

The New York Blackout pada tahun 1977 merupakan hari yang penting dalam dunia Hip Hop. Semasa bekalan elektrik terputus, banyak peralatan DJ telah dicuri yang membawa kepada beratus-ratus DJ baru.

Cerita #24

Pada tahun 2006, ahli silap mata David Copperfield menipu beberapa bakal perompak untuk mempercayai bahawa dia tidak membawa apa-apa sedangkan dia mempunyai dompet, telefon, dan pasport bersamanya.

Cerita #25

Pada tahun 2006, beberapa pencuri cuba untuk mencuri koala dari Zoo Rockhampton di Australia. Bagaimanapun, mereka menukar fikiran mereka dan memilih untuk mencuri buaya selepas koala terbukti terlalu ganas.

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90