Top Ad 728x90

Orang Tidak Dikenali Membayar Bil Bengkel Sebanyak RM8000 - Tanpa Syarat

Seperti temujanji dengan doktor gigi yang ditakuti itu, perjalanan yang tidak dijangka ke mekanik auto jarang sekali menandakan masa untuk berseronok. Sebaliknya, masalah kereta boleh membuatkan kita rasa takut dan lebih buruk lagi, dompet kita bakal kosong dibuatnya. Tiga ratus untuk hos radiator ?! Ok, saya rasa itu mungkin betul ... (* menangis sambil buka dompet *).

Pada awal bulan Mac, Keith Burkitt dari Houston, Texas, yang seperti kebanyakan orang lain: pergi ke bengkel untuk membaiki kereta sepertimana pemilik kereta biasa buat.

Seperti yang Burkitt beritahu kepada KTRK, affiliate kepada ABC, alignment keretanya sudah rosak tetapi dia tahu bahawa kos membaiki kerosakan tersebut akan menelan belanja lebih banyak daripada kemampuan dia pada masa itu. Ketika bercakap dengan pelanggan di restoran di mana dia bekerja, Burkitt berseloroh mengatakan, "Saya terpaksa memusingkan steering saya ke kanan sepanjang jalan hanya untuk membuat kereta saya bergerak lurus."

Gambar sekadar hiasan


Tetapi apa yang berlaku seterusnya adalah sesuatu perkara "Pay It Forward" (satu ungkapan untuk menerangkan benefisiari amal yang baik membayar balik kepada orang lain dan bukannya kepada penderma asal). Walaupun dia tidak tahu nama akhir pelayan tersebut, pelanggan yang berkenaan memberitahu Burkitt dia mempunyai "rakan di seberang jalan yang boleh membaikinya."

Lebih luar biasa lagi?


Pelanggan tersebut menawarkan untuk membayar bil Burkitt tidak kira berapa kosnya.

Jadi keesokan harinya, Burkitt yang masih kehairanan mengambil keretanya ke mekanik di stesen Exxon yang disebut pelanggan itu. Beliau menggantikan keempat-empat penyerap hentakan dan sistem gantungan pada kereta Burkitt, membersihkan laluan bahan api dan mengganti keseluruhan belting beliau. Jumlah kos akhirnya mencecah USD1,975.

Seperti yang telah dijanjikan, lelaki yang tidak berapa dikenalinya itu sudah pun membayar sepenuhnya kos bengkel tersebut. Apabila Burkitt cuba membayar balik sebahagian kos kepada lelaki tersebut, lelaki itu mengingatkannya tentang kuasa kemurahan hati:

"Lelaki itu hanya berkata, 'Saya tidak menenerima 'tidak' sebagai jawapan, bayar sahaja di masa hadapan pada suatu hari nanti," kata Burkitt kepada ABC News.

Kita selalu melihat orang "membayar pendahuluan" dari semasa ke semasa


Tidak kira sama ada ia adalah sesuatu yang mudah seperti memegang pintu untuk orang yang tidak dikenali atau menderma darah atau sekali-sekala menjadi sukarela untuk sedikit masa pada hujung minggu. Cerita-cerita seperti ini boleh memberi inspirasi kepada setiap insan untuk memperbaiki dunia di sekeliling kita dalam cara yang kecil kerana membayar ia ke hadapan kadang-kadang boleh mendapat lebih daripada wang.

Cerita seperti ini juga membuat saya percaya bahawa setiap insan mempunyai kebaikan tulus. 


Mungkin menjadi sebahagian perubahan itu merupakan perubahan yang anda ingin lihat di dunia bukan sahaja beberapa ideal yang tinggi yang kita semua perlu bercita-cita untuk - mungkin ia sebenarnya hanya menunggu kehendak tulen.

Jadi, lain kali apabila anda hilang kepercayaan kepada kemanusiaan (memandangkan keadaan politik sekarang memang agak sukar), tanya diri anda apa yang anda boleh lakukan untuk mengembalikannya.

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90