Dikuasakan oleh Blogger.
Home » , » 10 Jenis Pekerjaan Yang Paling Dibenci Orang

Ini bukan kerja mudah tetapi ini adalah juga merupakan profesion yang paling dibenci. Untuk senarai ini, kami memberi tumpuan kepada ker...

10 Jenis Pekerjaan Yang Paling Dibenci Orang

Written By Albert Heywood on Jumaat, 8 April 2016 | 5:10 PTG

Ini bukan kerja mudah tetapi ini adalah juga merupakan profesion yang paling dibenci.

Untuk senarai ini, kami memberi tumpuan kepada kerjaya yang dibenci oleh orang ramai. Sama ada kerana melibatkan pekerjaan atau bagaimana orang dalam profesion tersebut melayan orang lain. Untuk rekod, kami tidak mengatakan kami membenci profesion ini tetapi kita faham mengapa orang lain membencinya.

#10 Bouncer


Adakah anda seorang peminat gimnasium bebadan sado yang cepat untuk menilai seseorang berdasarkan penampilan mereka, mudah mencetuskan kemarahan oleh bunyi yang kuat, seksis seperti dalam tahun 1950an dan / atau memperbesarkan situasi dalam konfrontasi? Maka ini adalah tugas untuk anda.

Bouncer memang cukup berguna dalam meredakan pergaduhan di bar-bar dan kelab malam. Tetapi bagi orang-orang yang pernah bertemu tangan dengan mereka tahu bahawa kebanyakan masa mereka hanya berdiri di tempat yang gelap dan berlagak seperti tuhan dengan sedikit kuasa yang telah diamanahkan kepada mereka.

Bukannya tidak hormat jika anda seorang bouncer kerana kami tahu ia tidak mudah untuk berurusan dengan orang mabuk.

#9 Mekanik


Jika anda fikir tentang perkara ini, mekanik boleh dianggap sebagai genius yang jahat. Bergantung kepada fakta bahawa kebanyakan daripada kita tidak tahu satu perkara pun tentang cara membaiki kereta. Mereka boleh memberitahu kita apa-apa saja benda yang rosak dan mereka tahu kita tidak akan mencabar penilaian mereka.

Selain itu, walaupun jika kita memprotes, mereka mungkin telahpun membaiki masalah sebenar tersebut termasuk 'kerosakan imaginasi' dan akan tetap mengenakan caj bayaran. Dan itulah sebabnya kita membenci mereka. Kerana anda tidak boleh akan hanya menukar minyak sahaja tanpa menservis benda-benda lain pada kereta anda.

#8 Jurujual kereta


Ini adalah jenis pekerjaan yang mudah. Stereotaip lama telah wujud sejak model pertama Ford berada di pasaran.

Sama ada anda membeli kereta baru atau lama, tidak ada yang lebih menjengkelkan daripada berurusan dengan jurujual yang licik dan mata duitan. Mereka akan menjual apa sahaja yang boleh mengaut keuntungan walaupun hanya seringgit.

Rata-rata orang yang bekerja sebagai jurujual kereta adalah lelaki. Ini adalah lelaki yang akan membuat anda pergi mandi selepas berjabat tangan selepas urusan yang anda tidak pasti anda telah buat.

#7 Paparazi


Sebagai orang kebiasaan, adalah cenderung untuk kita sukar untuk bersimpati kepada selebriti yang mengadu tentang kehidupan mereka. 'Kesusahan' mereka biasanya adalah perkara kecil. Tetapi kadang-kadang paparazi mengambil langkah yang terlalu jauh sehingga melampaui batas.

Secara serius, Kardashians dan Brangelina sepatutnya tiada masalah untuk dapat berjalan beberapa meter dari kereta mereka ke restoran tanpa diganggu. Jadi, sama ada diserang oleh sekumpulan jurugambar yang tanpa henti mengambil gambar atau disoal bertalu-talu, anda tidak boleh berkata anda tidak simpati kepada mereka. Maka tidak hairanlah mengapa paparazi sering kali dipukul.

#6 Pegawai Penguatkuasa Tempat Letak Kereta


Setiap kebencian pemandu terhadap pegawai tempat letak kereta itu memang patut. Mereka adalah maskot skim cepat kaya majlis perbandaran untuk menyuntik wang kembali kepada kerajaan.

Ia adalah lose-lose situation tidak kira apa yang anda akan lakukan. Walaupun mempunyai tempat letak kereta yang dibayar dan juga saman yang tidak masuk akal, ia menyumbang kepada aliran tunai yang banyak untuk bandar. Ini adalah termasuk untuk membayar gaji pekerja yang menguruskan servis yang tidak berguna ini.

Dan dari mana wang untuk membayar atendan tempat letak kereta datang? Di mana lagi kalau bukan dari poket kita sendiri.

#5 Doktor gigi

Okay, kita mungkin tidak membenci doktor gigi tetapi tidak ada yang suka pergi ke klinik doktor gigi. Bahkan pengamal perubatan gigi yang terbaik sekalipun akan sekurang-kurangnya memberikan rasa sakit sedikit. Dan cara mereka merenung ke dalam mulut anda seolah-olah setiap lubang dan gigi rosak adalah tanda '$', memang boleh dikatakan hina.

'Peralatan seksaan' mereka sebenarnya hanya beberapa inci lagi untuk menembusi tengkorak pesakit. Ya, kita tahu bahawa doktor adalah sangat penting untuk penjagaan kesihatan kita tetapi itu tidak bermakna kita tidak akan takut dengan keupayaan gerudi mereka ke dalam mulut dan juga dompet kita.

#4 Peguam

Contoh kes kebencian terhadap peguam. Kredit: Sinar Harian


Pada abad ke-16, salah satu watak Shakespeare pernah berkata "mari kita bunuh semua peguam". Lebih 400 tahun kemudian, sentimen yang sama masih tidak berubah.

Kerana mereka, banyak pesalah dibebaskan dan yang disalah tuduh pula telah dimasukkan ke dalam penjara. Untuk menjadi jelas, terdapat juga beberapa peguam di dunia yang melakukan pekerjaan mereka dgn baik hati. Walau bagaimanapun, terdapat banyak yang tidak bermoral, tidak beretika dan pentingkan diri sendiri untuk mendapat manfaat daripada nasib malang orang lain.

Mereka adalah yang membayar keseluruhan profesion dengan stereotaip yang sukar untuk dikalahkan yang mungkin wujud sejak kelahiran profesion ini.

#3 Ahli politik


Dari Adolf Hitler kepada John F. Kennedy, dari yang melampau kepada yang bodoh, ahli politik datang dalam pelbagai bentuk dan saiz tetapi satu perkara yang pasti adalah bahkan pemimpin yang paling mulia sekalipun akan menyembunyikan sesuatu.

Selain itu, mereka sering membuat janji-janji yang mereka tidak boleh tepati, mempunyai agenda peribadi, mengambil rasuah dan mengorbankan sumber semula jadi kita.

Tambahan pula, kadang-kadang mereka juga bertanggungjawab ke atas kematian berjuta-juta orang. Dan mereka mempunyai karisma bodoh untuk membolehkan mereka dipilih sejak dari awal lagi. Mereka juga mengundi untuk diri sendiri untuk sentiasa mendapatkan kenaikan gaji tetapi enggan melakukan perkara yang sama untuk orang biasa.

#2 Pemungut Hutang


Pemungut hutang adalah seperti malaikat maut. Malaikat maut bukanlah orang yang jahat. Dia hanya melakukan kerjanya. Ia bukannya salah pemungut hutang jika anda berada dalam hutang tetapi seperti malaikat maut juga, kita tidak boleh menyangkal perasaan bimbang, takut dan benci jika anda seorang ejen kutipan hutang.

Okay, anda telah tersilap langkah dengan berhutang. Anda mungkin tidak perlu menghabiskan begitu banyak wang. Tetapi hakikatnya entah bagaimana seorang sesama manusia diberi kuasa untuk membuli, mengugut dan mengancam anda bersamaan dengan dimarahi oleh ibu bapa orang lain.

#1 Telemarketer


Ahh..telemarketer. Bagaimana anda berhak mendapat kebencian di dunia? Sama ada anda sedang bekerja dengan perkhidmatan yang sah atau mengambil kesempatan daripada orang tua dan mulia. Sebenarnya memang tidak pernah ada masa yang sesuai untuk mendapat panggilan itu. Malah, telemarketing begitu menjengkelkan sehinggakan menjadikannya menyalahi undang-undang di beberapa tempat.

Ini adalah orang yang seolah-olah tidak berperasaan di hujung telefon yang lain yang menceritakan kepada anda satu skrip yang yang jelas tidak ditulis untuk manusia.

Mereka juga entah bagaimana boleh menbuatkan anda untuk terpengaruh. Walaupun anda mahu menamatkan panggilan, anda masih lagi ingin mendengar walaupun pada hakikatnya makan malam anda semakin sejuk.



Maka berakhir sudah senarai pekerjaan yang paling dibenci oleh kita semua. Selain daripada senarai di atas, lihat juga senarai lain di bawah yang anda juga mungkin bersetuju dengan kami.


  • Pengawal keselamatan
    Wallstreet
  • Jurujual pintu ke pintu
  • Juruaudit cukai
  • Pegawai Trafik

SHARE

0 comments :

Catat Ulasan