Dikuasakan oleh Blogger.
Home » , » Kepercayaan Biasa Mengenai Hubungan Yang Sihat Yang Harus Anda Lupakan

Akhir-akhir ini saya telah berbincang dengan beberapa orang kawan yang telah berkongsi beberapa idea yang benar-benar menghairankan mengena...

Kepercayaan Biasa Mengenai Hubungan Yang Sihat Yang Harus Anda Lupakan

Written By Albert Heywood on Selasa, 15 Mac 2016 | 3:18 PTG

Akhir-akhir ini saya telah berbincang dengan beberapa orang kawan yang telah berkongsi beberapa idea yang benar-benar menghairankan mengenai hubungan mereka dengan pasangan masing-masing.

Ia mengambil sedikit masa menggali idea, tetapi ternyata bahawa kadang-kadang masalah yang sebenar adalah idea-idea tersimpan dan merosakkan tentang bagaimana perkara yang sebenarnya berlaku. Sebenarnya, tiada sesiapa  pun yang memberikan kita panduan bagaimana untuk bertindak apabila kita sedang berada dalam cinta. Idea-idea yang tersilap ini adalah begitu salah sehingga membuatkan orang yang mempercayainya mengundang masalah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Berikut adalah 7 mitos umum mengenai hubungan yang boleh membawa anda lurus ke jalan untuk perpisahan:

#1 Selepas berkahwin, hubungan anda akan berubah dengan ajaibnya.


Secara terus-terang, terdapat beberapa ramalan yang benar-benar bodoh tentang perkahwinan berlegar-legar di luar sana. Terdapat juga banyak sebab yang aneh dan menjijikkan untuk orang yang ingin berkahwin. Sebenarnya, apabila anda berkahwin dengan seseorang yang anda kenal dengan baik, hubungan anda dengan si dia akan menjadi lebih kurang seperti SEBELUM anda berkahwin.

#2 Jika anda mempunyai hubungan yang baik, anda tidak akan bergaduh.


Anda dan pasangan anda mungkin seperti pinang dibelah dua, tetapi jika anda jujur dengan diri sendiri, ia tidak mungkin untuk anda akan bersetuju dalam semua perkara. Akan ada perselisihan. Akan ada konflik.

Hubungan yang baik adalah lebih menjerumus kepada cara anda kedua-dua mengendalikan konflik daripada kehadiran konflik itu sendiri. Sebenarnya, apabila seseorang mengatakan bahawa mereka tidak pernah untuk tidak bersetuju dengan pasangan mereka, ia memberitahu saya lebih daripada jikalau ada pergaduhan yang berlaku setiap malam. Perkara negatif akan yang berlaku.

Gambar sekadar hiasan


#3 Perhubungan yang baik adalah mudah.


Saya rasa mitos ini adalah berkaitan dengan semua drama televisyen romantik komedi yang gagal untuk menunjukkan bagaimana pasangan dalam drama tersebut menghadapi masalah, salah faham atau sekadar berasa bosan. Realitinya adalah terlalu ramai orang berfikir bahawa jika pasangan mereka benar-benar sesuai untuk mereka, mereka akan belayar dengan lancar melalui kehidupan bersama-sama. Tidak semudah itu.

#4 Jika anda berusaha dengan gigih, keadaan akan bertambah baik.


Malangnya apabila hubungan menjadi keruh, ia boleh menjadi kekal. Ramai orang percaya bahawa apa yang mereka perlu lakukan adalah cuba lebih gigih atau berusaha dengan lebih lagi dan masalah besar seperti ketidakserasian akan terbaiki dengan sendiri. Ini tidak selalunya kes itu.

#5 Pasangan anda sengaja bertujuan untuk menyakiti anda.


Kebanyakan kesilapan yang dibuat oleh pasangan anda adalah mengenai dia sendiri - bukannya satu percubaan berniat jahat untuk menyakiti anda. Sebenarnya kebanyakan orang akan mencari jalan keluar mereka sendiri untuk mengelakkan dari menyakiti orang lain (walaupun mereka mungkin gagal dengan teruk). Sama seperti kes curang. Orang akan lebih menyalahkan mereka yang curang daripada pasangan mereka.

Dalam kes kesilapan kecil, ia lebih berkemungkinan bahawa anda mempunyai masalah dengan mereka yang keliru dengan konsep dan bukannya berniat jahat.

#6 Jika anda hanya mempunyai cukup __________  (wang, masa, anak) keadaan akan menjadi lebih baik.


Kadang-kadang apabila kita melalui laluan kehidupan yang sukar, ia berasa seolah-olah seperti terdapat kuasa luar yang menjadi penyebab mengapa situasi telah menjadi tegang. Walaupun ia adalah benar bahawa kuasa-kuasa luar pasti boleh memberikan tekanan kepada hubungan anda, jangan percaya bahawa jikalau memiliki perkara di atas, atau jika beberapa konflik telah berjaya diselesaikan, situasi akan bertambah baik.

#7 Jika pasangan menyayangi and, mereka akan kekal tidak kira apapun yang berlaku.


Mitos ini adalah yang paling berbahaya dalam senarai ini. Seseorang akan menjadi rumit untuk orang-orang yang mereka paling sayang.

Berfikir bahawa "cinta menakluk semua" dan membiarkan diri anda berkelakuan paling teruk anda adalah jalan cepat untuk perpisahan. Keadaan yang sama apabila anda membiarkan diri anda lupa dunia atau menjatuhkan air muka anda dan berfikir bahawa apabila orang lain mencintai anda, mereka akan bertolak ansur dengan tingkah laku anda yang tiada terbatas atau kurang pertimbangan tentang keperluan mereka.

Anda kena sedar bahawa setiap orang mempunyai had mereka dan walaupun mereka ikhlas mencintai anda, terdapat potensi yang serius bahawa bayangan perpisahan akan sentiasa mengintai.
SHARE

0 comments :

Catat Ulasan