Top Ad 728x90

Restoren Ini Memberi Aiskrim Percuma Kepada Pengunjung Yang Tidak Menggunakan Telefon Bimbit

Para pelanggan  Chick-fil-A boleh mendapatkan ais krim percuma ketika mengunjungi restoran itu tetapi hanya jika mereka ini makan sehingga selesai tanpa melihat telefon mereka.

Menurut TODAY, Brad Williams memulakan cabaran pada bulan Januari di dua lokasi Chick-fil-A  yang dia jalankan di Atlanta, Amerika Syarikat.

Dia mahu menyampai mesej bahawa restoran adalah untuk pelanggan menghargai keluarga dan sahabat, bukan telefon mereka.

Williams memberitahu TODAY, saya telah menjalankan perniagaan ini selama 25 tahun dan ianya menarik untuk berjalan melalui ruang makan dan melihat evolusi iaitu perubahan daripada mempunyai perbualan sehingga ke hari ini, apabila semuanya membisu.

Kini, hampir 200 lokasi di seluruh Amerika Syarikat dilaporkan mempunyai kotak untuk cabaran itu, atau "kotak telefon bimbit," diletakkan di atas meja.

Pelanggan diarahkan untuk meletakkan telefon mereka ke dalam kotak sebelum mereka duduk.

Status Twitter dari Fox5 mengenai Chick-fil-A


Dalam satu kenyataan, Williams berkata, kami benar-benar mahu restoran kami untuk memberikan rasa kemasyarakatan untuk pelanggan kami di mana keluarga dan rakan-rakan boleh datang bersama-sama dan berkongsi masa yang berkualiti dengan satu sama lain. Tetapi seperti yang kita semua tahu, teknologi semakin mencuri lebih masa dan boleh menjadi gangguan besar, walaupun ketika kita makan.

Beliau mendakwa kira-kira 90 peratus pelanggan yang menerima cabaran tersebut telah berjaya.

Beberapa keluarga bagaimanapun gagal menamatkan cabaran kali pertama mereka, mendorong mereka untuk kembali ke restoran sejurus selepas untuk percubaan kedua, lapor Daily Mail.

Williams menambah, beberapa pelanggan meminta untuk mengambil kotak telefon tersebut pulang ke rumah untuk menggalakkan orang yang tersayang untuk akhirnya bercakap antara satu sama lain di ketika makan malam.

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90