Top Ad 728x90

,

Si Comel Ini Mengharungi Jalan Sepanjang 8KM...Dalam Keadaan Tersepit Dalam Bumper Kereta!

Gnocchi, si kucing mengalami pengalaman yang menakutkan setelah menaiki kereta, tetapi syukur kerana kini semuanya telah selamat.
 
Kucing Siam tersebut terselamat pada jarak 8 batu yang menakutkan melalui pinggir bandar San Diego pada Rabu - sementara terperangkap di dalam bumper kereta itu.

Jaraknya hanya beberapa inci dari atas jalan tersebut semasa dalam perjalanan tersebut.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Haiwan Daerah San Diego, kucing itu telah naik ke dalam kereta yang diletakkan berhampiran rumahnya di Santee. Pemilik kereta itu kemudian pergi untuk memandu tanpa menyedari kehadiran haiwan tersebut.

Ketika dia memandu melalui Grantville, para pejalan kaki ternampak sebahagian badan kucing tersebut kelihatan dari luar bampar kereta. Mereka menahan pemandu tersebut dan cuba menggunakan linggis untuk mengeluarkan Gnocchi.

"Peliknya, kucing tersebut selamat!" tulis pihak Jabatan di Facebook. Gnocchi, yang telah ditanam microchip, bersatu semula dengan pemilik pada hari Jumaat.

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Haiwan Daerah, Daniel Desousa mengingatkan pemilik kereta bahawa haiwan boleh menjadi terperangkap di dalam bahagian-bahagian kereta dan memberi nasihat mengenai bagaimana untuk mengelakkan kejadian yang sama.

"Jika anda meletakkan kereta anda di luar, ketuk bonet kereta atau tekan hon secara ringan untuk memberi amaran kepada mana-mana haiwan yang mungkin mencari kehangatan dari enjin kereta anda," katanya kepada Pusat Berita Daerah San Diego. "Mengetuk bonet akan menakutkan mereka dan mereka akan lari."

Status Facebook mengenai kucing yang terperangkap

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90