Top Ad 728x90

,

Persamaan Dalam Gambar-gambar Ini Akan Membuatkan Anda Berasa Seram Sejuk

#1 Kawasan Perkuburan Boothill
Pelakon Terry Ike Clanton mengambil gambar ini di Boothill Cemetery di Tombstone, Arizona pada tahun 1990. Jika anda melihat ke dalam semak di belakang beliau, anda boleh melihat seorang seperti muncul dari tanah, memakai pakaian lama (koboi).

#2 "Wanita Coklat" (The "Brown Lady")
Penjejak hantu mengatakan bahawa Lady Dorothy Townsend telah menghantui Raynham Hall sejak 1835. Foto "Brown Lady" ini telah diambil dalam tahun 1930-an.

#3 Kemas Barang, Masa Untuk Pindah
Ini sangat menakutkan. Seorang bapa mengambil gambar anaknya yang sedang bermain berhampiran dengan lembaga yang bercahaya dan sedang merangkak.

#4 Barang Yang Dijual Tidak Boleh Dikembalikan
Gambar almari ini telah diambil untuk dijual melalui pengedar perabot, Montague Cooper. Apabila negatif filem itu telah dicuci, terdapat tangan seseorang seolah-olah membelai perabot tersebut. Almari ini datang dengan hantu tanpa sebarang caj tambahan kepada anda!

#5 Hantu Pun Pandai "Photobomb"
Denise Russell mengambil gambar nenek beliau ini pada tahun 1997. Beliau dan keluarganya berani bersumpah bahawa lelaki yang berdiri di belakang nenek beliau kelihatan begitu mirip sekali seperti datuk Denise yang meninggal dunia pada tahun 1984!

#6 Menakutkan
Gambar ini diambil di Grand Canyon pada tahun 1980. Satu lembaga pelik yang seolah-olah terapung berhampiran dengan seorang pelancong tanpa disedarinya.


#7 Pengkebumian Di Laut
Dua anak kapal SS Watertown meninggal dunia dalam kemalangan dan telah dikebumikan di laut. Namun itu bukannya akhir cerita buat mereka. Anak kapal dan kapten mula melihat wajah hantu muncul dari air selepas mayat-mayat itu diletakkan di laut. Kapten SS Waterton mengambil gambar ini semasa tahun 1920-an.


#8 Kerusi Berhantu No.1
Kematian itu sendiri pun tidak akan memisahkan Lord Combermere dari kerusi kegemarannya.


#9 Kerusi Berhantu No.2
Perbandaran Tennessee perlu mempunyai penyelenggaraan dilakukan di atas kerusi elektrik mereka untuk tempoh tertentu dan jurutera yang dilantik telah mengambil gambar ini. Lihat dengan teliti dan anda mungkin dapat melihat raut wajah hantu dan tangan.


#10 Pemburu Harta Karun Romania: Berhati-hati Dengan Hantu
The Decebal Hotel, sebuah hotel lama di Romania dikatakan mempunyai harta dikebumikan di bawahnya tetapi malangnya ia dipercayai bahawa harta tersebut dijaga oleh hantu. Gambar ini diambil pada tahun 2008.

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90