Top Ad 728x90

,

Ilmuan Hebat Stephen Hawking Meninggal Dunia

Ahli saintis serta fizik yang hebat, Stephen Hawking telah meninggal dunia pada 14 Mac 2018 di kediamannya di Cambridge, England pada usia 76 tahun. Beliau yang pernah berkahwin meninggalkan tiga orang anak iaitu Lucy, Robert dan Tim. 

Menurut laporan BBC News, Profesor Hawking telah disahkan mengidap penyakit yang sangat jarang berlaku iaitu ALS (amyotropic lateral sclerosis) atau dikenali sebagai Lou Gehrig's Disease pada usia 22 tahun. Penyakit ini menyebabkan kekangan pada pergerakan dan beliau cuma boleh bercakap menggunakan suara sintetik. Pada masa itu, beliau cuma diberikan beberapa tahun untuk hidup.

Antara penemuan beliau yang hebat adalah teori kosmologi sebagai kesatuan relativiti dan mekanik kuantum dan juga Radiasi Hawking. Selain ahli kosmologi dan ahli akedemik yang hebat, beliau juga merupakan penulis beberapa buah buku sains dan pernah berlakon di beberapa buah drama termasuk siri popular The Simpsons.

Profesor Stephen Hawking

Ramai rakan-rakan dan ahli keluarga beliau merasa sangat sedih kerana kehilangan seorang yang sangat hebat. Segala ilmu yang beliau kongsikan kepada kita semua akan menjadi kenangan kepada beliau. 

Rahsia Umur Yang Panjang Profesor Hawking
Di akhbar The Washington Post melaporkan bahawa rahsia umur Profesor Hawking yang panjang adalah lawak jenaka atau humor. "Penampilan ini sejajar dengan kecerdasan yang menonjolkan kehidupan peribadi Hawking sama seperti yang teori-terorinya yang menggoncang alam semesta".

Menurut laporan itu lagi, Hawking pernah berkata "Memelihara minda yang aktif telah menjadi penting untuk hidup saya, termasuk mengekalkan rasa humor," kata Hawking dalam dokumentari 2013. "Saya mungkin lebih dikenali dengan penampilan saya di 'The Simpsons' dan di "The Big Bang Theory"daripada penemuan saintifik saya."

Selain berjenaka di kaca televisyen, Profesor Hawking memang seorang yang suka berjenaka bersama rakan-rakan beliau. Pada tahun 2009, Hawking melancarkan pesta champagne di Cambridge. Air telah dituang dan belon dililit di sekeliling bilik. Tetapi apa yang berlaku adalah Hawking tidak menghantar undangan sehingga selepas parti itu dibuat. Ia bukan untuk zaman tersebut seperti yang dijelaskan dalam video YouTube, tetapi untuk  pelancong masa depan.

Hawking berkata "Saya berharap salinan [jemputan] dalam satu bentuk atau yang lain akan bertahan selama beribu-ribu tahun," jelas Hawking dalam video itu. "Mungkin pada suatu hari seseorang yang tinggal di masa depan akan mendapatkan maklumat itu dan menggunakan mesin wormhole untuk kembali ke parti saya, membuktikan bahawa perjalanan masa akan menjadi kenyataan suatu hari nant."

Tiada siapa yang muncul.

"Sayang sekali," katanya. "Saya berharap masa depan Miss Universe akan melalui pintu."


0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90