Top Ad 728x90

Wanita Peminum Kopi Tegar Berisiko Mempunyai Payudara Kecil Tetapi...

Kopi adalah menakjubkan. Kopi tidak semestinya tentang susu kocak bergula Starbucks yang hanya sesuai dikatakan sebagai kopi. Ini adalah berkaitan kopi secara umum terutamanya yang hitam pekat yang dihidang di gerai-gerai di hujung kampung. Ia adalah sesuatu yang boleh menyebabkan lapisan perut anda bergerak selepas tiga kali tegukan.

Ramai yang jijik untuk minum kopi tetapi ada juga peminat-peminat kopi yang berfikir bahawa benda yang pahit, aromatik, biji-biji kopi yang dipanggang boleh menyebabkan lemah lutut. Tetapi terdapat beberapa berita buruk untuk wanita yang prihatin dengan saiz 'cup' mereka.

Dalam erti kata lain, secara semulajadinya, minum kopi boleh mengecilkan payudara anda.

Gambar sekadar hiasan. Kredit nymag.com


Penemuan yang mengejutkan ini ditemui oleh Pakar Onkologi, Helena Jernstrom, yang telah membuat penyelidikan tentang kaitan antara payudara bersaiz besar dan kanser payudara.

Beliau mendapati bahawa wanita yang minum tiga cawan kopi sehari bukan sahaja boleh mengurangkan risiko kanser payudara, tetapi ia juga boleh meyebabkan perkara lain terjadi..

Daripada 270 peminum kopi wanita yang dikaji, separuh daripada mereka adalah pembawa gen yang bertanggungjawab terhadap penyusutan saiz payudara.

Bagi wanita yang memiliki gen ini, jika mereka minum kopi, penyelidikan oleh Jernstrom menunjukkan bahawa payudara mereka akan mengalami penyusutan saiz.

Ia tidak bermaksud wanita di luar sana minum kopi dan tanpa disedari, payudara akan menjadi kecil, jadi jangan bimbang tentang itu.

Jernstrom berkata, "Payudara akan menjadi lebih kecil tetapi ianya tidak akan hilang."  Beliau turut menambah bahawa tidak ada perbezaan yang ketara akan berlaku.

Sesiapa yang berfikir mereka boleh memberitahu yang wanita peminum kopi hanya dari ukuran bra, mereka perlu memikirkannya semula. Masalahnya ialah bahawa terdapat dua cara untuk mengukur saiz coli - saiz 'cup' dan ukur lilit, jadi adalah sukar untuk mengagak.

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90