Top Ad 728x90

,

Lelaki Maut Tertembak Diri Sendiri Ketika Berselfie

Seorang lelaki dari Washington dilaporkan maut apabila tertembak dirinya sendiri secara tidak sengaja semasa mengambil berselfie dengan pistol.

Menurut Associated Press, lelaki yang tidak dinamakan yang berusia 43 tahun itu mengambil beberapa gambar pada hari Ahad di mana dia dan teman wanitanya bergambar dengan senjata.

Wanita itu memberitahu pihak berkuasa bahawa mangsa beberapa kali memasuk dan mengeluarkan peluru sepanjang hari.

Nampaknya lelaki itu menyangka senjata itu kosong namun tidak menyangka terdapat sebutir peluru  yang masih tertinggal di dalam pistol tersebut.

Dia menarik picu ketika mengambil gambar dan dilaporkan tertembak dirinya sendiri di muka di kediamannya di Concrete, Washington.

Kematian itu kini sedang disiasat sebagai kematian secara tidak sengaja.
Gambar sekadar hiasa


Pada bulan September 2015, seorang remaja Texas juga maut apabila tertembak dirinya sendiri ketika mengambil gambar diri sendiri. Seorang lelaki berusia 21 tahun di Mexico mengalami nasib yang sama ketika cuba untuk mengambil gambar untuk Facebook pada 2014, lapor The Guardian.

Kesilapan-kesilapan teruk yang tragis ini telahpun diduga akan berlaku, bagaimanapun selepas didedahkan lebih ramai orang mati akibat selfies daripada serangan jerung pada 2015.

Individu yang dilaporkan menyumbang kepada statistik ini termasuklah seorang lelaki yang mati terjatuh kerana dia ingin mengambil gambar diri sendiri di Taj Mahal, seorang wanita yang telah mengambil gambar dirinya di atas sebuah kereta api dan seorang lelaki yang dilanggar oleh kereta api ketika bergambar di atas trek.

0 comments:

Catat Ulasan

Top Ad 728x90