Dikuasakan oleh Blogger.
Home » » Portal Berita The Malaysian Insider Mengucapkan Selamat Tinggal

Salah satu portal berita alternatif popular, The Malaysian Insider hari ini memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pembacanya...

Portal Berita The Malaysian Insider Mengucapkan Selamat Tinggal

Written By Albert Heywood on Isnin, 14 Mac 2016 | 5:25 PTG

Salah satu portal berita alternatif popular, The Malaysian Insider hari ini memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pembacanya. Berikut adalah artikel terbaru mengenai berita mengejutkan tersebut yang boleh dibaca di laman web mereka http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/selamat-tinggal-daripada-the-malaysian-insider

Selamat tinggal semua pembaca yang jauh dan dekat, dan kepada mereka yang membaca kami di Malaysia meskipun mendapat sekatan daripada kerajaan.

The Edge Media Group membuat keputusan menutup The Malaysian Insider bermula tengah malam hari ini, atas alasan komersial. Mungkin ini masa yang sesuai kami bersiaran secara offline bermula bulan ini.

Saya berharap kami sudah memberikan khidmat terbaik kepada anda sejak hari pertama penerbitan langsung kami pada 25 Februari, 2008. Dan saya berharap yang lain akan terus memberikan perkhidmatan kepada anda ketika ketiadaan kami.

Kami bekerja sebagai wartawan yang tidak berat sebelah untuk memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dan pembaca lain supaya mereka beroleh keputusan yang baik. Kami bekerja untuk membolehkan suara semua pihak didengar.

Tetapi kerja kami di The Malaysian Insider kini berakhir dalam Malaysia yang pada masa ini memerlukan lebih banyak lagi kejelasan, ketelusan dan maklumat.

Semuanya sudah diluahkan dan dibuat, saya mengucapkan terima kasih kepada setiap daripada anda di Malaysia, seluruh dunia, dan kepada mereka yang bersama dengan The Malaysian Insider dari hari pertama hingga kini atas segala sokongan, ucapan dan kritikan sepanjang 8 tahun dan 18 hari yang hebat untuk The Malaysian Insider.

Saya tidak akan berhenti menulis, saya tidak akan berhenti merakamkan gambar, saya tidak akan diam dan saya tidak akan pejam mata atau memekakkan telinga terhadap apa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Dan saya minta anda buat perkara yang sama.

Dan saya akan selalu jadi peminat tegar portal berita yang bernama The Malaysian Insider.

Selamat tinggal.

* Jahabar Sadiq menguruskan The Malaysian Insider, hingga malam ini. - Laporan oleh The Malaysian Insider
Saya tidak akan berhenti menulis, saya tidak akan berhenti merakamkan gambar, saya tidak akan diam dan saya tidak akan pejam mata atau memekakkan telinga terhadap apa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Dan saya minta anda buat perkara yang sama.
Dan saya akan selalu jadi peminat tegar portal berita yang bernama The Malaysian Insider.
Selamat tinggal.
* Jahabar Sadiq menguruskan The Malaysian Insider, hingga malam ini.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/selamat-tinggal-daripada-the-malaysian-insider#sthash.lgcE2oPj.dpuf
Selamat tinggal semua pembaca yang jauh dan dekat, dan kepada mereka yang membaca kami di Malaysia meskipun mendapat sekatan daripada kerajaan.
The Edge Media Group membuat keputusan menutup The Malaysian Insider bermula tengah malam hari ini, atas alasan komersial. Mungkin ini masa yang sesuai kami bersiaran secara offline bermula bulan ini.
Saya berharap kami sudah memberikan khidmat terbaik kepada anda sejak hari pertama penerbitan langsung kami pada 25 Februari, 2008. Dan saya berharap yang lain akan terus memberikan perkhidmatan kepada anda ketika ketiadaan kami.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/selamat-tinggal-daripada-the-malaysian-insider#sthash.lgcE2oPj.dpuf
SHARE

0 comments :

Catat Ulasan